Post Info TOPIC: tak ada issue
idderes

Date:
RE: tak ada issue
Permalink   


aku ada jugak interview budak lepasan U.

yang aku dok heran, ada yg dari lulusan Dip. Sains Komputer mintak jawatan Pegawai Sumber Manusia, bila ditanya apa itu Sumber Manusia, dia senyum jer... confused

__________________
storm

Date:
Permalink   

aku tak rasa satu issue hangat sangat menganggur. tapi kalau memilih kerja memanglah tak dapat sampai bila-bila. Aku graduate drp Sheffield UK dan penah buat kerja malam, macam macam kerja - Cashier 7-elevenlah, A&W, security guard, janji ada duit halal. Setakat nak berangan nak beli kereta itu ini tu lupakanlah dulu kalau baru setahun dua keluar u. Buat sales pun lagi baik. Dapat touch up communication skill dengan negotiation skill. Dulu aku pun merasa juga ikut budak sales buat sales jadi tahulah mana mana lubang nak kelentong orang. Setakat nak minta pak haji RM100,000 invest dalam saham apa-apalah, kau panggil aku sure no hal. Tapi aku dah tak mahu buat kerja haram jadah tu.

Aku interview ramai budak lepas U ada yang ada diploma dan ada yang ada ijazah tapi bila interview gagap je memanjang. Malas aku tengok. Suruh speaking- lah macam baca buku tak friendly dan fluent sangat. 
Kadang tu aku bukannya nak cari orang experience pun walaupun untuk kerja admin ke account ke tapi setakap pandai bercakap dan banyak idea pun sudah cukup. Aku pun duduk U juga lagilah presentation depan lecture mat saleh lagilah kali pertama kelam kelabut tapi bila bab aku gelak dia pun gelak apa lagi hentam sajalah janji markah ada. Jadi sampai sekarang jangan kata aku loyar buruk tapi banyak idea.

Korang patut tahu budak uk pun sanggup makan gaji 1000 saja kat sini jadi toksahlah berangan banyak banyak. Dapat apa samborjelah dulu janji ada experience, bila dah tiga empat tahun barulah ko pikir kerja apa yang ko boleh sambor lepas tu.

Penting tu nama reference tu, setakat nama lecture je tak yah letak pun tak apa. Aku pun malas nak talipon tanya lecture kau.

Bila interview bila dia kata perkenalkan diri anda, kalau kau boleh cot cet dalam masa 15 minit , insya allah permohonan anda dalam pertimbangan. Kalau setakat tak sampai seminit, tak pelah kadang kadang aku memang tak ada mood nak interview orang sampai habis. Baik dengor orang baca berita kat tv lagi banyak faedah.

oklah tu tips aku

stormbiggrinfurious
 
   

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard