Post Info TOPIC: suami terminum susu isteri ketika bersama
idd

Date:
suami terminum susu isteri ketika bersama
Permalink   


Soalan

APAKAH hukumnya jika suami secara tidak sengaja terminum susu isteri ketika bersama? Bagaimana pula jika sengaja tetapi tidaklah sehingga bekalan susu kepada anak tidak mencukupi atau tiada langsung?

SHARIFAH | Selangor.

JAWAPAN

TIADA hukum tertentu bagi suami yang secara tidak sengaja atau sengaja meminum susu isterinya, iaitu suami tidak menjadi anak susuan.

Ini kerana syarat anak susuan adalah seorang bayi berusia kurang daripada dua tahun dan meminumnya lebih daripada lima kali kenyang.

Bagaimanapun, suami dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian kerana boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak sendiri yang memerlukan susu ibunya.

Sekiranya dilakukan secara sengaja atau dibiarkan perbuatan itu, dikhuatiri suami menjadi ketagih atau melakukan tabiat buruk.

Secara fitrahnya Allah SWT menjadikan susu ibu untuk anak kecil dengan khasiatnya yang tertentu dan bukannya untuk suami.


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard