Post Info TOPIC: minta petua henti rangsangan
idd

Date:
minta petua henti rangsangan
Permalink   


SAYA berusia 25 tahun dan mula melakukan onani sejak berusia tujuh tahun. Saya tahu hukumnya berdosa tetapi keinginan itu tidak dapat dikawal dan saya tidak mampu mengawal ketagihan ini. Setiap kali selesai melakukan onani saya akan menyesal dan meminta ampun dari Tuhan.

Adakah perlu mandi wajib setiap kali selepas melakukan onani dan apakah beza air mani dan air mazi?

Bagaimanakah cara untuk tidak melakukan onani lagi? Saya tidak pernah meninggalkan solat lima waktu dan selalu berdoa agar dapat menghentikan tabiat ini tetapi saya tak berdaya menolak keinginan yang datang, tolonglah saya.

INGIN TAHU | Kuala Lumpur.

SECARA umumnya, perlakuan onani berpunca daripada keghairahan seksual seperti melihat gambar lucah. Dengan itu, anda dinasihatkan mengelak diri daripada memiliki atau melihatnya dan juga tidak berseorangan.

Carilah teman untuk berbual dan melakukan perkara berfaedah. Anda juga dinasihatkan segera berumah tangga. Berkahwin langkah seeloknya, akan menjaga maruah diri dan keluarga.

Mandi wajib atau junub adalah wajib apabila keluar air mani sama ada sengaja atau tidak seperti bermimpi.

Air mani adalah air benih berwarna putih keluar dari zakar atau faraj ketika nafsu berahi memuncak. Air mazi berwarna jernih keluar ketika nafsu syahwat mula bangkit. Hukumnya adalah najis dan wajib dibasuh.


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard